Restoren Ikan Bakar di Melaka

Homestay Kesidang
1

Tempat Menarik di Melaka


Terdapat banyak medan ikan bakar di Melaka yang menjadi tumpuan pelancong terutama hujung minggu dan musim cuti panjang seperti cuti sekolah. Antara medan ikan bakar yang sering menjadi tumpuan ialah di Serkam, Umbai, Crystal Bay, Muara Sungai Duyung dan Pengkalan Balak. Terdapat satu lagi kedai ikan bakar yang terkenal di Melaka ini iaitu ikan bakar Malim yang terletak di Malim dan MITC.

Waktu perniagaan adalah dari petang hingga malam kecuali ikan bakar Malim yang di buka pada waktu siang.

Panduan ke medan Ikan bakar Melaka di Umbai.


Panduan ke Medan Ikan Bakar Umbai



Laksmana Ikan Bakar 

Alamat: Pengkalan Ikan Bakar Pernu-Umbai Km 12 Kampung Pernu, 75460 Melaka

Telefon:012-208 3994


Waktu: Petang hingga malam


Jom Bercuti di Melaka
Ikan bakar
Restoran yang mampu memuatkan lebih 200 pelanggan pada satu-satu itu, terletak di pintu masuk jalan ke jeti pengkalan Pernu - Umbai.

Restoran ini menawarkan hidangan masakan laut yang istimewa berkonsepkan ikan bakar, turut menawarkan hidangan sampingan seperti mee bandong Muar, asam pedas dan tahu sumbat.



Ikan Bakar Parameswara


Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, Umbai, 75450 Melaka. 06-261 6106

Telefon:06-2616106


Email: ikanbakarparameswara@yahoo.com.


Jom Bercuti di Melaka
ikan bakar


Jom Bercuti di Melaka
siakap masak 3 rasa


Jom Bercuti di Melaka
Di buka setiap hari kecuali hari Isnin
Waktu: Petang hingga malam. Di buka setiap hari kecuali hari Isnin.


Alamat: Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka. 


Jom Bercuti di Melaka
Terdapat pelbagai jenis ikan dan makanan laut dihidangkan
Jom Bercuti di Melaka
Ikan bakar, sungguh menyelerakan.


Medan ikan bakar Crystal Bay terkenal dengan ikannya yang fresh tapi harganya murah. Ikan dihidang samada dalam bentuk ikan bakar, ikan kukus atau ikan tiga rasa. Selain dari ikan, terdapat juga makanan lain yang di hidangkan di sini antaranya:
  • Siakap
  • Pari
  • Kembung
  • Kerapu
  • Merah
  • udang
  • Sotong
  • Ketam
  • Lala, kerang/siham, pahat, dan sebagainya
  • dan banyak lagi menu yang terdapat disini.
Ikan bakar biasanya dihidangkan dengan nasi lemak. Jadi sesiapa yang hendak makan ikan bakar dengan nasi putih memang tidak ada di sini.


 

Post a Comment

1Comments
  1. Ikan bakar Melaka memang top. X sempurna rasanya kalau dtg Mlk x pekena ikan bakar

    ReplyDelete
Post a Comment